KHSB At a glance

Building Modern Lifestyles in Selangor

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), established on September 24, 2001, and fully owned by Mantapmurni Sdn Bhd under MBI Selangor, aims to be a major player in Selangor’s property sector. With RM206.0 million in paid-up capital, KHSB leverages its subsidiaries’ expertise in developing integrated townships with modern amenities.
What we focus on

Core Businesses

Property Development
Crafting integrated townships with contemporary infrastructure, homes, and community-centric amenities.

Project Management

Building dream homes that blend comfort, style, and functionality.

Others

Exploring and utilizing mineral resources to complement KHSB’s economic diversification strategy.

Latest Happenings

  • Jabatan Kesetiausahaan Syarikat, Governans & Undang-Undang, KHSB telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh pembudayaan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan warga kerja KHSB.

Program ini menampilkan Tuan Hidayat bin Aziz, Penolong Pegawai Siasatan SPRM, serta Encik Jamil bin Wahab, Ketua Pegawai Operasi Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd., yang berkongsi pengetahuan dan pandangan mengenai kepentingan integriti, amanah serta tanggungjawab dalam melaksanakan tugas seharian.

Program yang disertai oleh warga kerja KHSB ini turut menekankan bahawa integriti bukan sekadar pematuhan terhadap peraturan dan prosedur, malah merupakan asas dalam membentuk budaya kerja yang beretika, profesional dan bertanggungjawab.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KHSB dalam memperkukuh amalan tadbir urus korporat yang baik serta memastikan nilai integriti dan amanah sentiasa menjadi teras dalam setiap aspek pengurusan dan operasi organisasi.

Integriti Diperkasa, Amanah Dipelihara

#BudayaIntegritiKHSB #IKHSBTolakRasuah #TadbirUrusKorporat #redefinekhsb #KitaSelangorMajuBersama
  • KHSB MENYANTUNI KOMUNITI MENERUSI PROGRAM MEDIA SELANGOR MASUK KAMPUNG 2.0

KHSB bersama-sama rakan strategik telah menjayakan Program Media Selangor Masuk Kampung 2.0 yang berlangsung di Masjid Al-Falah, Kampung Kalong Tengah, Hulu Yam Bharu.

Menerusi program ini, KHSB telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM17,000.00 bagi penyediaan Sistem TV Info Solat dan penganjuran Kenduri Rakyat sebagai usaha menyantuni serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Penyertaan KHSB dalam program ini bukan sahaja bertujuan menyantuni komuniti setempat malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama strategik serta menyemarakkan semangat kebersamaan antara agensi dan masyarakat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KHSB dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat, selaras dengan aspirasi Memperkasa Kehidupan dan Membina Komuniti Berkualiti.

#MediaSelangorMasukKampung2 #MemperkasaKehidupanDanMembinaKomunitiBerkualiti #redefinekhsb #khsbdekatdihati #kitaselangormajubersama
  • DAULAT TUANKU

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sesungguhnya 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi lambang kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan dalam menaungi kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan keberkatan serta terus bersemayam di atas takhta pemerintahan dengan penuh kebijaksanaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor Darul Ehsan.

Daulat Tuanku!

Sembah takzim daripada,
Seluruh Warga Kerja 
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

#DaulatTuanku #KitaSelangorMajuBersama 
#JubliPerakSultanSelangor #RedefineKHSB #KHSBDekatDiHati
  • MALAM APRESIASI DAN PENGHARGAAN KONTINJEN PARA CATUR SELANGOR

Syabas dan tahniah kepada Kontinjen Para Catur Selangor.

#ParaSUKMASelangor2026 #ParaCaturSelangor #KitaSelangorMajuBersama #RedefineKHSB #KHSBDekatDiHati
Our Brand Purpose

Championing Quality Living & Communities